Powered By Blogger

Sabtu, 6 Jun 2009

Kisah tokoh Zuhud dalam Islam

Kisah tokoh zuhud dalam Islam
Umar bin Khattab R.A
Nama sebenar beliau adalah Abu Hafsh Umar bin Khattab,Beliau adalah khalifah kedua selepas Abu Bakar as-Siddiq,lahir 13 tahun selepas Tahun Gajah dan menerima cahaya iman 5 tahun sebelum hijrah.KeIslamannya adalah lambing kemenangan,hijrahnya adalah pertolongan dan kepimpinannya adalah rahmat.Umar R.A menambat hatinya dengan iman dan menerima ayat-ayat al-Quran dengan hati yang bergejolak.
Keislaman beliau adalah teriakan keras yang menggoncang tiang-tiang kemusyrikan.Pada ketika itu Islam masih ditindas,dan Islam menjadi kuat kerana keimanannya.Beliau berhijrah ke Madinah secara terang-terangan,malahan beliau turut terlibat dengan beberapa peristiwa secara langsung bersama-sama Rasulullah S.A.W .Keislaman beliau adalah berkat doa baginda,’Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan salah satu daripada dua Umar yang paling Engkau cintai”.
Baginda juga pernah bersabda,”Seandainya ada seorang nabi selepasku,orang itu adalah Umar”.

(H.R Tirmizi)
Umar bin Khattab adalah seorang yang zuhud.Beliau mengharamkan dirinya daripada benda-benda yang baik mutunya,kerana bimbang tidak mampu mensyukurinya.Suatu ketika Umar diberi minum susu.Disebabkan enaknya rasa susu itu,beliau bertanya kepada orang yang memberinya minum,”Dari mana engkau mendapatkan susu ini?”

Orang itu memberitahunya bahawa dia pergi ke suatu sumber air,dan di sana ada seekor kambing sedekah diberi minum.Mereka memerahkan susu untunya,dan susu itu diserahkan kepada Umar unutk diminum.Selepas mendengar ceritanya,Umar merasa gementar,seolah-olah api itu membakarnya.Dia masukkan jari ke mulut untuk memuntahkan susu yang diminumnya tadi.

Suatu hari salah seorang pegawai Umar mengirimkan hadiah berupa manisan kepadanya.Umar bertanya kepadanya,”Apakah semua orang di sana memakan makanan ini?”

Utusan itu menggeleng-gelengkan kapala sambil berkata,”Tidak,ya Amirul Mukminin!Itu adalah makanan untuk orang-orang kelas atasan”.

Umar berteriak kepada utusan itu,”Mana untamu?Bawa pulang hadiah ini dan serahkan kembali kepada pemiliknya.Katakan kepadanta,’Umar menyuruhmu untuk tidak kenyang dengan suatu makanan sehingga semua kaum muslimin kenyang dengan makanan itu.”

Umar sentiasa lapar dan kehabisan tenaga.Kelemahan yang dialaminya menyebabkan tulang-tulangnya lemah.Beliau sanggup meniggalkan makanan yang enak sehingga membahaykan fizikal beliau.Aisyah dan Hafshah menemui beliau untuk berbicara mengenai keadaan dan zuhud bekiau yang nyaris-nyaris menyebabkan beliau maut.Hafshah berkata,”Wahai Amirul Mukminin,sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah pergi ke syurga.Baginda tidak menginginkan dunia dan dunia tidak mengiginkan baginda.Begitu juga dengan Abu-Bakar As-Siddiq.Beliau juga telah mengikuti jejak langkah baginda.Allah telah membukakan gudang kisra dan kaisar melalui tanganmu,serta membawakan harta kekeyaan kepadamu.Para utusan Arab dan yang lainnya menemuaimu,sedangkan engkau emmakai jubah yang telah engkau tampal sebanyak 12 kali.Sebaik-baiknya engkau menggantikannya dengan pakaian yang lembut supaya penampilanmu lebih berwibawa,dan disediakan untukmu dulang makanan setiap pagi dan petang”.Mendengar kata-kata Hafshah itu,Umar menangis.Beliau berkata kepadanya,”Demi Allah,aku inigin bertanya kepadamu,apakah engkau tahu Rasulullah S.A.W pernah kenyang dengan roti gandum selama tiga hari berturut-turut,atau makan malam dan pagi sehingga baginda bertemu dengan Allah?
Hafshah menjawab,”Tidak”.
Kemudian Umar berkata,”Wahai Hafshah,kamu tahu bahawa Rasulullah S.A.W itu telah diampuni dosanya,namun baginda tetap lapar,sujud dan menangis sehingga saat Allah mencabut roh Baginda!”

Lalu Umar berteriak,”Umar tidak akan makan makanan yang enak,tidak akan dua jenis makanan kecuali garam dan minyak,tidak akan makan daging kecuali sekali sebulan sebagai teladan bagi para sahabatnya”.Beliau melaksanakan apa yang diucapkannya sehigga beliau bertemu dengan Allah S.W.T.

Dipetik dari buku “tundukkan hati”


yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan