Powered By Blogger

Isnin, 22 Mac 2010

Umat Islam di gesa perkasakan Ilmu

Hazayani Zakaria
GOMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.
Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.
"Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.
"Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.
Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
"Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.
"Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran," katanya.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah
Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.
Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.
Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.

Isnin, 8 Februari 2010

Allah Sentiasa Menerima Taubat

ALLAH MENERIMA TAUBAT SETIAP MASA
DariAbu Musa al-Asy'ari r.a:Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya AllahAzzawajalla 'menghulurkan tangan-Nya' (bersedia menerima taubat) padawaktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siangbertaubat dan Allah 'menghulurkan tanganNya' (bersedia menerima taubat)pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada aktu malambertaubat, sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."(RiwayatMuslim)

Subahanallah…betapa maha penerima taubatnya Allah swt. Pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya.Tidak kira siang ataupun malam, Allah SWT sentiasa menerima taubat daripada hambaNya yang mengharapkan keampunan daripadaNya.
Pembaca sekalian, jika kita muhasabah kembali, melihat ke dalam diri, betapa setiap hari kita selalu melakukan kesilapan dan kesalahan kepada Allah SWT. Kita sering sahaja melupakanNya,selalu membelakangiNya,bersangka buruk terhadapNya dan kadang kala mempersendakanNya. Ketika mana kita mendapat sesuatu kejayaan, kita lupa mensyukuri nikmatNya.Kita terus sahaja lupa bahawa pemberian Allah itu adalah tanda kasih sayangnya Dia kepada kita.Dan boleh jadi adalah ujian Allah SWT terhadap kita. Melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmatNya, melihat sejauh mana kita ingat pada Allah.
Namun setelah kita ditimpai dengan musibah pula, kita bersangka buruk pula dengan Allah SWT. Kita katakan Allah SWT telah menzalimi kita. Allah SWT sudah tidak sayangkan kita dan sebagainya. Teus sahaja kita mempersoalkan janji-janji Allah SWT terhadap sesiapa yang membantu agamaNya (Muhammad 7).Kita terus sahaja bersangka buruk terhadap Allah SWT tanpa kita berfikir bahawa Allah SWT telah merancang sesuatu yang tidak kita ketahui. Pasti sahaja kita merancang dan Allah SWT juga merancang. Namun perancangan Allah itu lebih baik dan bijaksana. Apa sahaja pemberian Allah SWT itu, samada baik mahupun buruk, ada hikmahnya untuk kita fikirkan bersama.
Oleh itu, perlulah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT yang maha bijaksana dan sentiasa bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT kerana ingatlah kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Terutama kepada mereka yang terlibat dengan gerak kerja Islam. Supaya kita tidak mudah berputus asa dan tertipu oleh syaitan musuh yang nyata.Wallahualam.
yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Rabu, 6 Januari 2010

Berkata benarlah, biarpun pahit.

Pembaca sekalian, saya ingin mengajak antum semua untuk sama2 kita menilai diri.Adakah kita pada saat dan ketika ini berkata benar pada kebenaran?Atau pun kita berpaling dari kebenaran setelah kita mengetahui sesuatu kebenaran itu? Kadang kala kita berasa malu dan takut untuk menyatakan kebenaran samada pada keluarga, sahabat sendiri, pihak pengurusan, pemerintah dan sebagainya.Ingatlah sahabat sekalian,kita perlu berani menyatakan kebenaran terhadap banyak perkara.Apabila kita melihat berlaku kebatilan, kemungkaran, dan pencampuran antara perkara yang haq dan yang batil,kita perlu terus menyatakan kebenaran.Meskipun kita tahu risiko yang akan kita hadapi.Tetapi ingatlah, jika kita mahukan kebaikan manusia dengan kemurkaan Allah,nescaya celakalah kita,Tetapi,jika kita mahukan kebaikan dan rahmat Allah dengan mengundang kemurkaan Manusia,berbahagialah kita. Sentiasalah menegakkan kebenaran walaupun diri kita dihimpit kesusahan didunia.Dicemuh dan dihina,di pandang serong dan sebagainya.Tetapi kita tetap teguh berdiri menyatakan kebenaran.Nilailah segala sesuatu itu dari kaca mata Islam.Kerana sesungguhnya ISlam itu sangat lengkap dan syumul. Janganlah kita cepat berpatah semangat dalam memperjuangkan kebenaran. Dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah !!! Percayalah akan janji-janjinya, berdoalah meminta Dia berlembut dengan kita meskipun kita pernah melalaikannya.


yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri