Powered By Blogger

Isnin, 8 Februari 2010

Allah Sentiasa Menerima Taubat

ALLAH MENERIMA TAUBAT SETIAP MASA
DariAbu Musa al-Asy'ari r.a:Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya AllahAzzawajalla 'menghulurkan tangan-Nya' (bersedia menerima taubat) padawaktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siangbertaubat dan Allah 'menghulurkan tanganNya' (bersedia menerima taubat)pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada aktu malambertaubat, sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."(RiwayatMuslim)

Subahanallah…betapa maha penerima taubatnya Allah swt. Pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya.Tidak kira siang ataupun malam, Allah SWT sentiasa menerima taubat daripada hambaNya yang mengharapkan keampunan daripadaNya.
Pembaca sekalian, jika kita muhasabah kembali, melihat ke dalam diri, betapa setiap hari kita selalu melakukan kesilapan dan kesalahan kepada Allah SWT. Kita sering sahaja melupakanNya,selalu membelakangiNya,bersangka buruk terhadapNya dan kadang kala mempersendakanNya. Ketika mana kita mendapat sesuatu kejayaan, kita lupa mensyukuri nikmatNya.Kita terus sahaja lupa bahawa pemberian Allah itu adalah tanda kasih sayangnya Dia kepada kita.Dan boleh jadi adalah ujian Allah SWT terhadap kita. Melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmatNya, melihat sejauh mana kita ingat pada Allah.
Namun setelah kita ditimpai dengan musibah pula, kita bersangka buruk pula dengan Allah SWT. Kita katakan Allah SWT telah menzalimi kita. Allah SWT sudah tidak sayangkan kita dan sebagainya. Teus sahaja kita mempersoalkan janji-janji Allah SWT terhadap sesiapa yang membantu agamaNya (Muhammad 7).Kita terus sahaja bersangka buruk terhadap Allah SWT tanpa kita berfikir bahawa Allah SWT telah merancang sesuatu yang tidak kita ketahui. Pasti sahaja kita merancang dan Allah SWT juga merancang. Namun perancangan Allah itu lebih baik dan bijaksana. Apa sahaja pemberian Allah SWT itu, samada baik mahupun buruk, ada hikmahnya untuk kita fikirkan bersama.
Oleh itu, perlulah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT yang maha bijaksana dan sentiasa bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT kerana ingatlah kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Terutama kepada mereka yang terlibat dengan gerak kerja Islam. Supaya kita tidak mudah berputus asa dan tertipu oleh syaitan musuh yang nyata.Wallahualam.
yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri