Powered By Blogger

Jumaat, 11 Disember 2009

jom muhasabah

Jom muhasabah sebentar...
ada suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah :"Akan datang masanya di mana-mana orang-orang dari kaumku akan minum arak,yang kemudiannya dinamakannya yang lain.Diri mereka akan dihiburkan dengan rentak-rentak muzik dan nyanyian para wanita.Nanti Allah akan tenggelamkan mereka kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu monyet dan babi.
Sahabat sekalian, seimbas lalu saya membaca hadis ini saya sangat tertarik untuk memikirkannya. Lihat pada zaman sekarang,yang dikatakan oleh seorang alim bahawa kita sekarang ini berada pada alam syaitan, terlalu banyak kemungkaran dan kemaksiatan dapat dilihat dengan mudah, dapat diperhatikan ramainya manusia yang meminum arak. Dimana-mana sahaja kita pergi,dapat kita melihat pusat-pusat hiburan yang sudah tentunya menghidangkan air kencing syaitan ini. Seumpama menjadi satu kesalahan dan keganjilan sekiranya air kencing syaitan ini tidak dihidangkan. Labih malang lagi, pada zaman sekarang,minuman ini dinamakan dengan pelbagai nama.Tiger,Montoku dan sebagainya.Hal ini salah satu matlamatnya adalah untuk mengelirukan umat Islam.Contohnya, bagi umat Islam yang tidak mengetahui Tiger itu adalah sejenis arak, mereka akan menganggap minuman Tiger ini adalah minuman Isotonik yang memberikan tenaga sama seperti 100 plus dan sebagainya.Ini sesuatu yang tidak mustahil!!

Prinsip yang sama juga boleh diqiaskan kepada perkara-perkara lain.Saya pernah menonton sebuah video yang mengisahkan tentang kewujudan Dajjal pada akhiir zaman. Video ini memberikan salah satu contoh yang merupakan slah satu stategi kaum Kufar, nasarah dan sebagainya unntuk mengelirukan umat Islam iaitu Starbuks. Kalau kita melihat secara tersurat lambang starbuks secara sekilas kita tidak akan dapat memahaminya.Tetapi cuba fikirkan Star bermaksud bintang,Cuba kaitkan dengan lambang bendera Yahudi.Sama bukan!!Seterusnya perkataan Bucks.Bucks bermaksud duit,Jadi maksud tersiratnya,duit kepada yahudi!!! malangnya,banyak cawangan starbuks dibuka di Malaysia terutama di Shopping2 complex. Tanpa kita sedari sebenarnya kita membantu mereka meumpuhkan agama kita.

Seterusnya sahabat sekalian,terlalu banyak kita lihat pada hari ini nyanyian wanita yang sangat melalaikan dimana2 sahaja. Dikelab-kelab malam sehinggalah dikenduri-kenduri kahwin. Renung-renungkan,betapa jahilnya kita menggalakkan perkara ini berlaku.Begitu juga rentak-rentak muzik terkini, muzik2 shuffle yang melalaikan dan sebagainya. Ada juga lagu-lagu yang menghina agama dan melalaikan di dendangkan di radio tanpa rasa bersalah sedikit pun. Tetapi bahasa rojak dalam lagu-lagu dipersoalkan dan dianggap satu kesalahan yang besar. Dimana agaknya kesedaran kita pada hari ini.

Oleh itu sahabat sekalian,marilah kita bangkit membetulkan segala kemudaratan yang berlaku sejak mutakhir ini kerana balasan Allah s.w.t sangat hebat. Namun ingatlah sesungguhnya kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. Wallahualam

yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Jumaat, 30 Oktober 2009

Andap Bangau : Coretan dakwah

Asalamualaikum.

Semoga dapat disampaikan dengan ikhlas.
Andap Bangau,Kudat.Sedikit pengenalan: Merupakan salah satu perkampungan pedalaman yang major penduduknya adalah bukan Islam/Non-Muslim.Minor adalah muallaf dan kurang dari minor adalah muslim tulen.Kalau ada....
Kegiatan ekonomi utama penduduk adalah petani.Hanya sekitar 5 orang adalah bekerja dengan kerajaan.sebagai pembantu tadbir misalnya.

4 gereja vs 1 maSjid@surau
Andap bangau ada surau.Nama surau, surau al-falah.berkenaan dengan surau,surau ini dikatakan dikongsi oleh 4 buah kampung disekelilingnya.Tiada tempat berwuduk yang khas seperti masjid-masjid dibandar.Hanya ada 1 tangki biru dan sebuah perigi berhampiran semak.Dekat perigi tu selalu kerbau 'melepak'.tandas adalah semak samun berhampiran surau. Sebenarnya, menurut en.Zairi,penduduk kg.Andap Bangau, surau ini dibina atas bantuan daripada YADIM.Dengan berbekalkan wang sekitar RM 30,000.00 penduduk kg.berusaha membangunkan sebuah rumah Allah.Sebelum ini memang sudah ada surau.Namun,pembinaan surau dahulu adalah umpama melepaskan batuk ditangga."Asal ada muslim kita buat surau","sikit-sikit sudahlah".Itulah orang Islam yang mengkhianati saudara seIslamnya tanpa sedar mahupun tidak.Segala material terpakai daripada surau lama yang masih elok,digunakan semula demi memastikan bajet yang ada mencukupi.Rahmat Allah yang mahukan agamaNya tertegak di bumi andap bangau,sekarang surau baru telah siap.Cuma masih kurang kemudahan.Air bersih,tandas dan bekalan elektrik. Namun masalah elektrik dapat diselesaikan.Dahulunya al-Falah hanya menggunakan lampu minyak tanah,sekarang menggunakan lampu dan kipas dijana kuasa elektrik.Semua kuasa Allah,menggerakkan hati beberapa individu meluluskan peruntukan untuk elektrik di surau tersebut.Yang menyentuh hati saya apabila penduduk kg.memberitahu bahawa pada tahun inilah buat pertama kalinya berkumandang takbir hari raya.Bergema ke sekitar kg.Andap Bangau.Kemudian sepanjang ramadhan surau ini digunakan sepenuhnya oleh penduduk kg untuk aktiviti tarbiyah.Solat Tarawih,tazkirah,solat fardhu,kelas kafa dan sebagainya. Ini semua dibantu oleh belia-beliawanis yang muda-muda belaka yang ada kefahaman tentang agama.barula Terasa keindahan Islam bila berada dalam zon tidak selesa.

Disekitar kg.Andap bangau ada 4 buah gereja!!!Semuanya lengkap dengan tandas,kitab-kitab dan sebaginaya.Hasil usaha mereka yang mahukn agama mereka sama tertegak di andabangau.Ada individu yang sanggup menyumbang wang ringgit beribu-ribu untuk pembinaan gereja tersebut!!!Supaya kemudahannya lengkap...
Namun,apabila melihat keadaan surau al-Falah terdetik sedikit persoalan "beginika umat Islam?"
Untuk pengetahuan pembaca,disurau tersebut sebelum ini hanya ada 2 al-Quran sahaja.Beberapa helai sejadah.Muslimin dan muslimat tidak ada penghadang dan banyak lagi kekurangan.Bagaimanalah mereka mahu belajar agama dengan mudah? Berbekalkan semangat yang kuat mereka tetap terus mempelajari ilmu agama samada di PLD,Kudat mahupun ustaz-ustaz yang mengajar dengan percuma.Sedikit selingan,sebelum ini mereka pernah memohon penceramah untuk kekampung mereka daripada satu badan agama yang saya kira amat terkenal di Malaysia.Tetapi kehampaan yang mereka dapat,apabila meminta peneramah,soalan ini diajukan kepada mereka "Bolehkah kamu bayar penceramah ni?"..Untuk pengetahuan pembaca,mereka orang-orang yang susah,berpendapatan rendah dan tidak mempu untuk membayar penceramah.Bayangkan kutipan tabung jumaat di sebuah tin susu kecil hanya 7 ringgit sahaja.Inikan pula untuk membayar pencaramah.Namun,mereka tidak pernah mengenal erti putus asa, terus mencari ustaz yang ikhlas.Dan akhirnya bertemu dengan seorang ustaz,pendakwah bebas..TIDAK MAHUKAN SEBARANG BAYARAN,SEBALIKNYA MENYATAKAN APABILA PERLUKAN SEBARANG BANTUAN TERUS SAHAJA LAH BERTEMU DENGAN SAYA,INSYAALLAH SAYA MEMBANTU.Saya kira,pngorbanan ustaz ini dalam berdakwah sangat besar sekali dan perlu kita contohi.Bersambung..



yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Sabtu, 22 Ogos 2009

Sumber hukum yang disepakati

Al-Quran
-Kata-kata Allah bermukjizatkan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril.
-Diturunkan secara beransur-ansur,membacanya adalah satu ibadah
-Wahyu yang diturunkan bersifat mutlak dan sesuai di semua tempat,masa,sesuai hingga akhir zaman.
Ciri-ciri ayat perundangan dalam Al-Quran:

1.Ayat Qat’ie
-ayat yang jelas dan spesifik,mempunyai satu makna,tidak memerlukan banyak tafsiran,huumnya adalah jalas dan nyata,tidak boleh dipertikaikan oleh para ulama’,tidak tebuka kepada ijtihad.

2.Ayat Zanni
-ayat yang terbuka kepada ijtihad dan tafsiran,tafsirannya terdapat didalam al-Quran sendiri,mentafsirnya secara menyeluruh,mencari huraiannya dalam konteks yang sama ataupun berlainan,sunnah membantu pentafsiran ayat zanni,boleh dipertikaikan oleh para ulama’.

3.Ayat Qat’ie dan Ayat Zanni

4.Ayat Khas
-Daripada hukum Qat’ie dan Zanni wujud prinsip am dan khas.
-Ulama sepakat ayat khas dalam al-Quran adalah yang mempunyai hukum Qat’ie.
-berkenaan ayat am:
-Imam Hanafi : hukumnya adalah Qat’ie dan mengikat iaitu perlu diikuti.
-Imam Maliki,Syafi’e dan Hambali : hukumnya adalah Zanni dan perlu kepada tafsiran.

Lain-lain : ayat hakiki dan majazi, ayat muqayyad.







Sunnah
-Sumber kedua selepas al-Quran dan disepakati oleh keseluruhan mazhab.
-Definisi : bahasa : Jalan,samada jalan yang baik ataupun buruk.
Istilah : menurut ahli hadis:apa yang disandarkan kepada nabi baik berupa perkataan,perbuatan, kelakuan,perjalanan hidup sebelum nabi menjadi rasul dan sesudahnya.
: menurut istilah usul Fiqh:sesuatu yang datang atau terbit daripada nabi Muhammad S.A.W baik perkataan,perbuatan ataupun takrir yang mempunyai hubungan dengan hukum.

-kategori sunnah:
-Perkataan atau kata-kata Rasul yang disebut pada masa tertentu berkaitan dengan hukum-hukum.
-Perbuatan dan tingkah laku Nabi
-Perakuan nabi ke atas perbuatan sahabat dihadapan baginda atau sesuatu yang diberitahu kepada baginda tetapi baginda tidak menyanggah serta menunjukkan baginda meredhainya.

Fungsi atau peranan sunnah
-menguatkan hukum yang datangnya dari al-Quran
-sebagai pentafsir dan penghurai maksud al-Quran
-sumber bagi mengetahui nasakh dan mansukh
-sebagai penerbit hukum baru selain daripada nas al-Quran dan bertindak sebagai penambah hukum yang sedia ada.

Ijmak
-suatu keperluan bagi manusia bersesuaian dengan kehendak masa dan keadaan yang sentiasa berubah bagi menyediakan usaha atau cara menerima undang-undang dan mengembagkannya mengikut ketetapan syarak.
-hanya dilakukan oleh golongan yang mempunyai cirri-ciri mujtahid(bersifat mulia,peribadi,mengetahui dan menguasai b.Arab dgn baik,tahu dalil-dalil syariah,tahu kaedah-kaedah yang terdapat didalamnya dan sebagainya

Bersambung…..


yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Jumaat, 7 Ogos 2009

nikmat

Nabi S.A.W bersabda,
“ Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi,harta samun dan sebagainya,dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga,dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama…”

Wah..setiap hari kita begitu sibuk mengejar kekayaan dunia,mengejar kajayaan sementara dan mencari keuntungan dengan pelbagai cara.Tidak ada salahnya jika seseorang individu muslim itu mahu mencari kekayaan dunia asalkan niat dan tujuannya adalah untuk kebaikan.Kekayaan yang diperoleh boleh digunakan untuk bersedekah jariah,menolong fakir miskin dan sebagainya.
Malangnya,umat Islam pada zaman sekarang ini tidak mahu menggunakan kekayaan yang dilimpahkan dengan sebaiknya.Kita lebih gemar menggunakan rezeki yang di berikan untuk kepentingan diri sendiri,untuk berjoli di sana sini,membazir dan sebagainya..Malah ada dalam kalangan kita menggunakan rezeki dan rahmat yang diberikan Allah itu untuk berjudi,bermain nombor ekor dan sebagainya. Islam memerintahkan umatnya berusaha untuk mencari rezeki dimuka bumi Allah S.W.T dan bukannya berjudi,bermain nombor ekor dan sebagainya untuk mengejar kekayaan dengan mudah.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran,
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman.Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan kufur nikmat.(Al-Hajj:38)
Tidak menggunakan rezeki yang diberikan Allah S.W.T adalah salah satu perbuatan kufur nikmat Allah S.W.T.Itulah tanda kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberkan Allah S.W.T.Jika kita benar-benar bersyukur dengan nikmt pemberianNya,pasti kita tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi syarak itu.Sebaliknya menggunakan nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah S.W.T di jalanNya,membantu fakir miskin,mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program dakwah dan ssebagainya.Tidak ada lagi kita melihat masjid-masjid kita gersang,sunyi dan sesuai untuk tidur…kerana masjid kita utuh dengan program-program yang mendidik masyarakat.Terutamanya jiwa-jiwa ‘shuffle’,remaja yang akan menjadi pemandu bas bernama Negara!!
Firman Allah S.W.T,
Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong (agama)Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu.(Muhammad:7)
Nah,janji Allah S.W.T,janji yang pasti!!!Marilah kita menggunakan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan ini untuk membantu agama Allah S.W.T agar tawaran pertolongan Allah ini tidak terlepas begitu sahaja.Wallahualam.

yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Khamis, 11 Jun 2009

solat dhuha:Kunci Rezeki..

Daripada Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hadith riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Daripada Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’(hadith riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Daripada Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’(hadith Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Daripada Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Subuh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hadith Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420


keTahuilah Allah sangaT hampir dengan kiTa...

Aku selalu mengikut sangkaan hambaku terhadapKu.Dan Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun kan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiku sepanjang sejengkal ,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya dengan berlari.

jOm buaT amalan SunaT


"Sesiapa yang memusuhi kekasihku(wali Ku),maka Aku ishtiharkan perang terhadapnya.Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri(taqarrab) kepada Aku oleh hamba-Ku yang lebih Aku cintai selain kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan atasnya.HambaKu akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan)pendengarannya yang dengannya dia mendengar,penglihatannya dia melihat,tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan.Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya dan Jika dia memohon perlindungan Aku (Dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya.Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu(hendak mengambil hambaKu yang mukmin,dimana dia membenci maut sedang Aku tidak suka menyakitinya.
(Hadis Qudsi oleh Al-Bukhari)
Wallahuallam