Powered By Blogger

Jumaat, 7 Ogos 2009

nikmat

Nabi S.A.W bersabda,
“ Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi,harta samun dan sebagainya,dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga,dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama…”

Wah..setiap hari kita begitu sibuk mengejar kekayaan dunia,mengejar kajayaan sementara dan mencari keuntungan dengan pelbagai cara.Tidak ada salahnya jika seseorang individu muslim itu mahu mencari kekayaan dunia asalkan niat dan tujuannya adalah untuk kebaikan.Kekayaan yang diperoleh boleh digunakan untuk bersedekah jariah,menolong fakir miskin dan sebagainya.
Malangnya,umat Islam pada zaman sekarang ini tidak mahu menggunakan kekayaan yang dilimpahkan dengan sebaiknya.Kita lebih gemar menggunakan rezeki yang di berikan untuk kepentingan diri sendiri,untuk berjoli di sana sini,membazir dan sebagainya..Malah ada dalam kalangan kita menggunakan rezeki dan rahmat yang diberikan Allah itu untuk berjudi,bermain nombor ekor dan sebagainya. Islam memerintahkan umatnya berusaha untuk mencari rezeki dimuka bumi Allah S.W.T dan bukannya berjudi,bermain nombor ekor dan sebagainya untuk mengejar kekayaan dengan mudah.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran,
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman.Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan kufur nikmat.(Al-Hajj:38)
Tidak menggunakan rezeki yang diberikan Allah S.W.T adalah salah satu perbuatan kufur nikmat Allah S.W.T.Itulah tanda kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberkan Allah S.W.T.Jika kita benar-benar bersyukur dengan nikmt pemberianNya,pasti kita tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi syarak itu.Sebaliknya menggunakan nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah S.W.T di jalanNya,membantu fakir miskin,mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program dakwah dan ssebagainya.Tidak ada lagi kita melihat masjid-masjid kita gersang,sunyi dan sesuai untuk tidur…kerana masjid kita utuh dengan program-program yang mendidik masyarakat.Terutamanya jiwa-jiwa ‘shuffle’,remaja yang akan menjadi pemandu bas bernama Negara!!
Firman Allah S.W.T,
Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong (agama)Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu.(Muhammad:7)
Nah,janji Allah S.W.T,janji yang pasti!!!Marilah kita menggunakan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan ini untuk membantu agama Allah S.W.T agar tawaran pertolongan Allah ini tidak terlepas begitu sahaja.Wallahualam.

yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan