Powered By Blogger

Rabu, 16 Mac 2011

Laporan Perjumapaan Bersama En. William, Penolong Bendahari Bahagian Pelajar, Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah.

Tarikh : 11 Mac 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Bacaan, Jabatan Bendahari, UMS
Agenda:

1) Kaedah untuk kajian semula yuran mahasiswa UMS.

-Bagi melaksanakan kajian semula terhadap yuran mahasiswa UMS, satu kertas kerja cadangan untuk kajian semula yuran perlu dibuat.

-Didalam kertas kerja tersebut perlu dinyatakan permasalahan-permasalahan yang dihadapi berkenaan isu yuran pelajar, cadangan penyelesaian terhadap permasalahn yang dinyatakan.

-Kertas kerja cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat kedua bersama Jabatan Bendahari UMS

-Selepas mesyuarat kedua, pihak Bendahari UMS akan membuat satu kertas kerja lagi dengan mengambil kira cadangan daripada kertas kerja cadangan pertama.

-Kertas kerja kedua tadi akan dibawa ke mesyuarat  J.T.K yang akan menentukan samada cadangan tersebut diterima untuk dilaksanakan ataupun tidak.

-Mesyuarat J.T.K yang dianggotai beberapa Jabatan tertentu akan diadakan pada bulan April ini. Justeru itu, kertas kerja cadangan perlu dihantar dan dibincangkan sebelum bulan April.

2) Isu-isu berkaitan yuran

Yuran perkhidmatan bas dikenakan bagi pelajar yang berkenderaan dan tinggal diluar kampus. Selain Kolej Kediaman Indah Permai, King Fisher dan University Appartment.
Sdra. Khairuddin mencadangkan beberapa resolusi bagi menyelesaikan isu ini :
1)Yuran perkhidmatan bas tidak dikenakan kepada mahasiswa-mahasiwa yang berkenderaan dan tinggal diluar kampus kecuali Kolej Kediaman Indah Permai, King Fisher dan University Appartment.

2) Sistem kupon/ kad gores yang boleh diisi semula .
Sistem kupon/ kad gores yang boleh diisi semula dapat mengelakkan mahasiswa yang berkenderaan daripada membayar yuran perkhidmatan bas. Hanya mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan ini perlu membayar perkhidmatan ini dalam bentuk kupon/ kredit isian semula.

3) Membuka tender atau menswastakan perkhidmatan bas  pada kadar yuran yang sama.
Cadangan menswastakan perkhidmatan bas bagi tujuan perkhidmatan yang lebih baik tetapi  kadar bayaran yang dikenakan kepada mahasiswa adalah sama iaitu RM 70.00. Hal ini dicadangkan selepas menilai Dasar swasta yang meletakkan pelanggan sentiasa betul dan melihat perkhidmatan swasta lebih cekap. Namun, perkhidmatan sedia ada tetap digunakan, tetapi untuk tujuan program dalam dan luar kampus serta kerja lapangan (fieldwork).

Pendapat En. William berkenaan resolusi yang dicadangkan : 

1)En. William menyatakan kadar yuran perkhidmatan bas hanya RM 70.00 dan sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung kos sebenar perkhidamatan bas. Selain itu, yuran perkhidmatan bas tersebut juga digunakan bukan hanya untuk perkhidmatan harian , malah untuk kegunaan ‘fieldwork’ dan aktiviti-aktiviti pelajar.

2)Kos yang sangat besar perlu ditanggung oleh pihak universiti bagi melaksakan sistem kupon atau kad gores yang dicadangkan. Selain itu, pihak Universiti juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan lain seperti kos penyelenggaraan sistem tersebut sekiranya dilaksanakan kelak.

3)Cadangan membuka tender kepada syarikat luar dengan mengambil kira dasar swasta dan perkhidmatan yang efektif namun pada kadar yang sama. Mungkin tidak ada syarikat luar yang mahu mengambil tender ini. Hal ini kerana bayaran RM 70.00 untuk satu semester bagi seorang mahasiswa adalah jumlah yang sedikit. 

Yuran pengajian bagi mahasiswa yang praktikal
Bagi mahasiswa yang praktikal, En. William menjelaskan pelajar praktikal boleh dikelaskan kepada 2 iaitu pelajar praktikal pada semester akhir dan pelajar praktikal pada semester pertengahan. Bagi pelajar yang praktikal pada semester akhir tahun pengajian bayaran yuran penuh akan dikenakan kepada pelajar tersebut. Manakala bagi pelajar yang praktikal pada semester pertengahan/sebelum semester akhir, hanya pengecualian yuran asrama dikenakan.

Yuran kolej kediaman bagi pelajar yang tidak mendapat kolej kediaman
Saudara Khairuddin mahukan penjelasan berkenaan sistem pembayaran semula yuran kolej kediaman kepada pelajar yang tidak mendapat kolej kediaman dan bertanyakan permasalahan yang timbul iaitu ada segelintir mahasiswa yang tidak mendapat kolej kediaman dan masih tidak mendapat bayaran semula yuran. Malah, ada dalam kalangan mahasiswa yang menerima amaun bayaran yang berbeza. Selain itu, Saudara Khairuddin beranggapan denda kepada RM 50.00 kepada mahasiswa yang lambat memohon non-residen adalah suatu kadar yang tinggi.

En. William menjelaskan pihak bendahari akan mengembalikan yuran pelajar bagi mana-mana mahasiswa yang tidak mendapat kolej kediaman dengan memasukkan bayaran melalui akaun pelajar. Masalah timbul dalam kalangan mahasiswa apabila ada dalam kalangan mahasiswa yang tidak mempunyai no.akaun pada bendahari. Justeru itu, pihak bendahari meminta agar mahasiswa memberikan no. akaun mereka kepada pihak bendahari.  Bagi kes amaun bayaran yang berbeza, En. William menjelaskan bayaran dibuat mengikut tempoh masa  pelajar tersebut tinggal dikolej kediaman sehingga memohon non-resident.Untuk kadar denda, perlu merujuk kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Mahasiswa UMS KAL yang perlu membayar yuran mikroskop
Saudara Khairuddin mempertikai yuran mikroskop yang perlu dibayar oleh mahasiswa sedangkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh segelintir pelajr-pelajar aliran sains seperti mahasiswa-mahasiswa UMS KAL dan sebagainya.

En. William menjelaskan, yuran mikroskop tersebut sebenarnya meliputi perisian-perisian computer dan peralatan makmal. En. William mengakui timbul kekeliruan berkenaan yuran mikroskop tersebut dan perlu diubah.

‘Cagaran’ dalam senarai yuran
Saudara Khairuddin  mahukan penjelasan berkenaan maksud ‘cagaran’ didalam senarai yuran pelajar dan bagaimana ‘cagaran’ ini berfungsi.

En. William menjelaskan, ‘cagaran’ didalam yuran tersebut akan dikembalikan, tetapi dengan syarat, pelajar tersebut perlu tamat pengajian mengikut sistem yang ditetapkan oleh pihak universiti. Kemudian, barulah yuran ‘cagaran’ tadi dikembalikan kepada mahasiswa melalui akaun pelajar. Namun, masalah yang timbul apabila ada dalam kalangan mahasiswa tidak mempunyai /tidak memberikan no.akaun mereka kepada pihak bendahari/ no akaun yang salah.

Yuran elektrik  RM 35.00 kepada mahasiswa
Saudara Khairuddin menjelaskan kadar yuran elektrik RM 35.00 ini adalah bayaran yuran yang tinggi dan drastic.
   
En. William menjelaskan, pihak bendahari menerima surat daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkenaan isu ini. Untuk itu, isu ini perlu dirujuk terus kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar. En. William menjelaskan yuran ini dikenakan kepada pelajar-pelajar yang tinggal dikolej kediaman.

3) Permasalahan yang dihadapi pihak bendahari dengan mahasiswa

En. William meletakkan beberapa permasalahn yang dihadapi oelh pihak bendahari berkaitan mahasiswa:
        I.            No. akaun pelajar yang tidak ada dengan pihak bendahari menyukarkan pihak mereka sukar membuat pembayaran balik, semakan akaun dan sebagainya. Justeru itu, pihak bendahari menyeru kepada mahasiswa/I yang belum memberikan no.akaun mereka pihak bendahari sila berikan secapat mungkin.

      II.            Masalah pelajar yang tidak peka dengan maklumat di Sistem Maklumat Pelajar. Kebanyakkan informasi daripada pihak bendahari, Jabtan Hal Ehwal Pelajar dimaklumkan kepada mahasiswa melalui Sistem Maklumat Pelajar,. Malangnya, mahasiswa tiddak peka tentang hal ini.

    III.            Pembayaran yuran daripada mahasiwa. Ada dalam kalangan mahasiswa yang belum menjelaskan yuran pengajian sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menduduki peperiksaan. Pembayaran yang dibuat secara lewat juga menimbulkan permasalahan kepada pihak bendahari.

4) Bantuan-bantuan berbentuk kewangan kepada mahasiswa

Insuran kelompok pelajar

Didalam senarai yuran pelajar tersebut ada tertera Insuran kelompok pelajar. Saudara khairuddin bertanyakan tentang kaedah memohon insuran tersebut.

Dalam hal ini, En. William menjelaskan insuran boleh dipohon di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar. Insuran ini hanya diberikan kepada pelajar yang layak dengan menepati syarat-syarat dan polisi yang ditetapkan didalam insuran tersebut.

Selain itu, En. William menggalakkan mahasiswa yang kurang berkemampuan memohon biasiswa dan bantuan pelajar yang lain seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan Bantuan Zakat (Pendidikan).

Penutup
En. William mengaharapkan kerjasama daripada pihak mahasiswa untuk memastikan pengurusan kewangan pelajar berjalan dengan lancar.

Saudara Khairuddin mengucapkan terima kasih diatas kesudian menerima kunjungan dan memberikan penjelasan berkenaan isu yuran ini.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan