Powered By Blogger

Isnin, 25 Mei 2009

penting tu Akhlak yang baik..


"eh,baiknya anak kamu tu joyah..bersopan santun,menhormati orang tua,tengok tu,jalan depan orang tua pun tunduk.."kata mak Senah.

"untung engkau Joyah.."sampuk mak Mila

"eh,takdelah,dia tu memang macam tu.."..kata mak Joyah..

ha..kan betul..tentu kita dah biasakan dengar perbualan seupama tu.Lihat saja individu yang berakhlak baik,menghormati orang tua contohnya,sangat disenangi oleh masyarakat disekitarnya.

Begitu juga dengan Islam,agama yang syumul,mencakupi keseluruhan hidup hambaNya,tidak kira siapa,walau dimana jua,setiap masa...macam iklan gitu.siapa lagi nak promot agama kita kalau bukan kita sendiri.Islam sangat mementingkan Aklak dan budi pekerti yang baik.Rasanya semua agama pun mementingkan akhlak yang baik.cuma tidak lah dipanggil akhlak,sebaliknya moral yang baik.Kerana akhlak yang baik ini menjadi perhisan kepada individu tersebut.Sehiggkan Rasulullah S.A.W menyatakan dalam sabda bginda bahawa akhlak yang baik itu memberatkan timbangan seseorang hamba di Yaumil Akhirat kelak.

"Tidaklah sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat kelak selain akhlak yang baik."
[H.R Abu Dawud dan Tirmizi]

Nah.lihat betapa Islam memberikan kelebihan kepada hamba-hambaNya yang berakhlak baik.

Selain itu,akhlak yang mulia ini dikaitkan dengan ibadah yang dilakukan oleh hambaNya.Firman Allah S.W.T,

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"
[Al-Ankabut 45]

Namun,mengapa ada segelintir kita yang mengerjakan solat,tetapi masih juga melakukan perbuatan yang keji dan mungkar?...Mengenai hal ini,Rasulullah S.A.W menjelaskan dalam sabda baginda'"Sesiapa yang sebahyang(tetapi) tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar,ia akan bertambah jauh dari Allah S.W.T"
[Riwayat Tirmizi]
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan Rasulullah S.A.W..
insyaAllah pada masa akan datang kita akan berbincang lagi mengenai beberapa akhlak yang dianjurkan dalam Islam seperti bersifat malu,bersifat warak dari perkara-perkara syubhat,menghormati ibubapa,mentaati pemimpin dan sebagainya.Selamat Beramal.Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan