Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label amal ma'ruf nahi mungkar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amal ma'ruf nahi mungkar. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Jun 2009

Allah s.w.t sentiasa menerima doa



Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya “di mana Allah?”.Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih sentiasa terbuka di sisi Allah.

Seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Hal ini kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupa firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila ada insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak berdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya,sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.Allah tidak jauh daripada setiap hamba.

Hadis Qudsi,
“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari”

Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari

Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar sentiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah sentiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:
Maksudnya:
Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)


Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."
Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama:
Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua:
Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga:
Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.
Sabda Nabi s.a.w.
Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan sentiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w.,Maksudnya:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.


yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

Jumaat, 29 Mei 2009

Kesan dan akibat:

Kesan dan akibat meninggalkan amal ma’ruf nahi mungkar.
1.Banyaknya kezaliman berlaku dan terhapusnya keadilan.
Zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Manakala,keadilan adalah lawan bagi perbutan zalim iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.Sekiranya amal ma’ruf nahi mungkar ini diabaikan maka akan berlakulah banyak kezaliman.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Zainab binti Jahsy r.a bahawa Nabi S.A.W pada suatu hari bangun dalam keaddan terkejut daripada tidurnya sambil mengatakan:
“Laa ilaaha illallah celakalah orang-orang Arab dari kejahatan yang telah dekat.Sekarang telah terbuka diantara penghalang Ya’juj dan Ma’juj seperti ini-Baginda memisahkan antara dua jari-jarinya antara telunjuk dan ibu jari.Kemudian Zainab r.a berkata kepada baginda,maksudnya:Wahai Rasulullah,apakah kita kita dibinasakan sedangkan dikalangan kita ada orang-orang yang soleh?Baginda menjawab:Ya!Apabila kekejian sudah banyak.Bagaimanakah banyaknya kekejian itu?Sesungguhnya kemungkaran apabila telah dilakukan secara terang-terangan dalam sesebuah msyarakat,dan tidak ada orang yang mencegahnya maka kemungkaran tersebut menjadi semakin bermaharajalela”

Hal ini dapat dikaitkan dalam situasi dunia pada hari ini.Dimana kuasa pemerintahan tidak lagi diletakkan pada golongan yang sepatutnya.Sebaliknya,kuasa pemerintahan itu diberikan kepada mereka yang tidak amanah dan tidak mempunyai kekuatan(kemahiran) dalam pentadbiran atau bidang-bidang lain.Akibatnya,berlakulah rahsuah disana-sini,’penggelapan wang’,pembunuhan yang kejam oleh pemerintah,politik wang,saling memfitnah dan sebagainya.Akhirnya,rakyatlah yang menerima tempiasnya.Masyarakat Negara yang dahulu hidup aman damai hanya tinggal slogan.Wujud pula slogan lain yang bertujuan menyatu padukan masyarakat tetapi mengetepikan pandangan para alim u’lama dan mufti.Sehingga merugikan agama Islam itu sendiri.Apabila ada pihak yang cuba menegakkan keadilan,mereka dikatakan penentang pemerintah dan musuh Negara.Inilah yang dikatakan ‘musuh dalam selimut’.Sama seperti pemerintah Turki suatu ketika dahulu.Mudah-mudahan Negara Islam yang bernaung dibawah pemerintah zalim ini tidak menjadi seperti Turki.Na’zubillah.

2.Banyaknya kekejian memberikan isyarat akan datangnya azab Ilahi secara umum.
Imam Malik telah memberikan bab khusus tentang masalah ini dalam kitabnya Al-Muwatta’ yang diberi nama (bab tentang azab secara umum kerana amalan tertentu).Di dalam judul tersebut beliau mencantumkan athar daripada Umar Abdul Aziz iaitu ucapan beliau:
“Dikatakan:Sesungguhnya Allah tidak akan mengazabkan masyarakat secara umum kerana perbuatan orang-orang tertentu.Akan tetapi apabila kemungkaran dilakukan secara terang-terangan semuanya berhak memperolehi azab”
Berdasarkan kata-kata pemimpin Khlifah Bani Umaiyah,kita dapat melihat kemungkaran berlaku secara terang-terangan pada masa kini.Dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot,keamanan kaum yang tergugat,ketaksuban dan kejahilan berpolitik sehingga mengabaikan hukum-hakam Allah S.W.T,Negara kita di’warnai’ lagi dengan kes-kes samseng jalanan,peragut bermotosikal sehingga meragut nyawa mangsa ragut.
Kekejian sendiri turut dilakukan sendiri oleh pemerintah.Bukanlah bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak,Cuma sekadar teguran keatas diri sendiri dan mereka yang lain.Kekejian yang dilakukan seperti meletakkan tanggungjawab atau pemerintahan kepada mereka yang tidak sepatutnya.Hal ini bukan sahaja mengudang kemurkaan Allah S.W.T,malah menunjukkan dekatnya Yaumil Qiamah,hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah dia berkata:”Ketika Nabi S.A.W di dalam sesuatu majlis berbicara dengan orang ramai,maka datang seorang arab badwi lalu bertanya ‘bilakah kiamat?’ Rasulullah S.A.W meneruskan ucapannya.Ada yang berkata ‘Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya’Sementara yang lain pula bekata’Bahkan baginda tidak mendengar’.Apabila selesai ucapannya,baginda bertanya:Manakah orang yang menyoal.Jawab (badwi tersebut);Saya di sini wahai Rasulullah”Baginda bersabda:Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat”Tanya Badwi tersebut;”Bagaimana menghilangkan amanah itu?”Sabda Baginda”Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”
[H.R Al-Bukhari]

Isnin, 25 Mei 2009

amal ma'ruf nahi mungkar......2 in 1?


Amal ma’ruf nahi mungkar….apa tu?
Pernahkah kita terbaca,terdengar,terlihat atau menyebut perkataan amal ma’ruf nahi mungkar?Adakah kita mengetahuidan faham apa yang dimaksudkan dengan amal ma’ruf nahi mungkar?Ingin mengetahui serba sedikit mengenai amal ma’ruf nahi mungkar?jom baca!!!!!
Amal ma’ruf adalah perbuatan menyeru manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kesempurnaan.
Manakala,nahi mungkar adalah perbuatan menegah atau menghalang manusia kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Amal ma’ruf ini tidak hanya meunyeru kepada kebaikan semata-mata sahaja,ianya perlulah disertai dengan nahi mungkar atau tegahan kepada keburukan.Sekiranya salah satunya tidak ada maka pincanglah atau rosaklah dakwah tersebut.Perumpamaannya seperti minuman paket 2 in 1,bukanlah maksud saya hendak mengubah amal ma’ruf nahi mungkar ini,tetapi ingin memudahkan pemahaman kita bersama.Minuman 2 in 1 seperti Alicafe atau seumpamanya,jika kurang salah satunya,pasti rasanya juga lain.Seperti ada sesuatu yang kurang dan perlu ditambah.
Begitu juga dengan Amar ma’ruf nahi mungkar ini,jika kita hanya mengajak kepada kebaikan tanpa kita menegah keburukan,atau hanya menegah keburukan tanpa mengajak kepada kebaikan,pasti tidak akan mendatangkan hasil yang kita impikan.Keburukan tetap akan terus berleluasa.Dan tidak mustahil keburukan yang dibiarkan ini akan menewaskan kebaikan yang kita seru.Oleh itu,ianya perlulah dilaksanakan secara seiringan agar usaha dakwah ini mekar dan sentiasa hidup.
Firman Allah S.WT:
“Kamu adalah umat yang terbaik dan dilahirkan untuk umat manusia,menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah…”
[ali-Imran:110]
Sifat memerintah,menyeru atau menegah sudah menjadi suatu fitrah manusia.Sekalipun dia hidup bersendirian,sifat tersebut tetap akan ada dalam dirinya.Apatah lagi bila berada dalam keadaan bermasyarakat,sifat ini akan terus ada dalam jiwa setiap individu.
“Jiwa mu jika tidak disibukkan dengan kebaikan maka akan sibuklah dirimu dengan kemungkaran”.....bersambung...